KUALA LUMPUR – Seorang remaja dikhuatiri lemas di kawasan tali air Lorong Indera Sempurna 2, Kuantan petang ini.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.14 petang mengerahkan lima anggota ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Namun, sehingga jam 6 petang tadi, difahamkan mangsa masih belum ditemui. – MalaysiaGazette