Syafiq Ahmad.

KUALA LUMPUR – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad dilaporkan semakin hampir untuk menyertai pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC bagi musim 2024.

Nama Syafiq bukan asing buat penyokong Sang Kenari apabila pernah menyarung jersi pasukan itu sejak 2013 hingga 2017.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu pernah dipinjamkan dari JDT ke pasukan Kedah pada awal musim 2022 di mana ketika itu Hijau Kuning layak beraksi di pentas Piala AFC.

Namun tempoh pinjaman itu hanya bertahan enam bulan selepas JDT memanggil semula Syafiq untuk memperkuatkan pasukan.

Biarpun jarang diturunkan namun pemain berusia 28 tahun itu tidak pernah menghampakan para penyokong apabila beliau mendapat peluang beraksi.

Untuk musim 2023 ini, Syafiq telah beraksi dalam 11 perlawanan yang mana kesemuanya sebagai pemain gantian.

Dia telah meledak tiga gol dalam kesemua pertandingan yang membuktikan ketajaman yang ada pada Syafiq masih tidak luntur.

Jika perpindahan Syafiq ke Kedah menjadi kenyataan, sudah pasti ianya akan memberikan banyak pilihan buat jurulatih, Nafuzi Zain dalam mencorakkan taktikal baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast