PARIS – Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Polis Antarabangsa (Interpol) di Lyon pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lebih 700 senjata dan lebih 45,000 butir peluru dirampas dalam operasi gabungan pertama pasukan itu di Asia yang dikenali sebagai “Operation Trigger-Salvo II”.

Diadakan antara 13-24 November, operasi itu bertujuan untuk mengganggu pergerakan senjata api rentas sempadan dan menentukan kaitan antara kumpulan jenayah terancang rentas negara, penyeludupan senjata api dan pengganas.

Menurut Interpol, senjata api telah menjadi kebiasaan bagi kumpulan penjenayah kerana ia murah dan mudah disembunyikan, dibawa dan diakses.

Ini terbukti di Pakistan dengan ratusan senjata api dan peluru ditemukan, terutamanya di wilayah-wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan.

Interpol berkata operasi itu membawa kepada penangkapan 614 suspek, siasatan baharu dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai laluan yang digunakan oleh trak-trak dari Afghanistan untuk memindahkan senjata api dan peluru ke Pakistan.- BERNAMA-dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast