PONTIAN – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) melancarkan nanas hibrid baharu, MS16, yang disifatkan terbaik pernah dihasilkan negara.
Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, MS16 dihasilkan daripada kacukan induk nanas Josapine dan nanas tanpa duri dari Australia yang mengambil masa 10 tahun dibangunkan Mardi di stesennya, di sini.
“Saya hari ini datang untuk merasmikan penjenamaan nanas MS16 ini kerana nanas dan Johor sudah pasti ada kaitannya, lebih-lebih lagi Pontian ini, kerana Johor merupakan pengeluar nanas utama negara dengan 66 peratus.
“Manakala Pontian merupakan kawasan penanaman dan penyumbang utama nanas di Johor dengan pengeluaran 37,000 metrik tan setahun.
“Keistimewaan nanas MS16 adalah rasa yang lebih manis berbanding varieti manis lain, ranggup dan tidak lidas selain purata beratnya adalah 1.5 kilogram (kg) setiap biji,” ,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Hibrid Baharu Nanas MARDI, di Stesen Penyelidikan MARDI Pontian, hari ini.
Pelancaran hibrid nanas baharu MS16 itu disempurnakan Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Mohamad Zabawi menambah, pelancaran nanas hibrid baharu itu dijangka bakal menjadi ‘game changer’ industri nanas negara.
Sementara itu, Zahari berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penanaman nanas MS16 yang dijangka mula memasuki pasaran pada 2025.
Katanya, negeri Johor mempunyai perancangan untuk memasarkan nanas ke China, dan dengan pelbagai varieti nanas dalam pasaran ia merupakan perkembangan yang positif.
“Johor juga sedang berusaha sedang meningkatkan tanaman nanas dan yakin nanas MS16 ini menjadi yang terbaik setelah menjalani 10 tahun penyelidikan.
“Pengeluaran nanas Johor tahun lalu merekodkan 402,000 metrik tan melalui keluasan tanaman sebanyak 11,399 hektar dengan nilai eksport sebanyak RM1.2 bilion setiap tahun,” katanya. -MalaysiaGazette