KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal era 80an, Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia.
Allahyarham berusia 62 tahun.
Beliau meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) jam 3.20 petang tadi.
Allahyarham menghidap kanser limfoma tahap 4
Terdahulu, Allahyarham dilaporkan kritikal selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Isterinya, Sarimah Sulaiman, 51, yang mengesahkan kematian Ibnor Rza berkata, jenazah suaminya itu akan dikebumikan di Negeri Sembilan.
Beliau meninggalkan seorang balu dan anak perempuan. – MalaysiaGazette