mahathir mohamad
Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan semua pihak agar jangan menerima duit rasuah.

Menurut beliau, tiada sesiapa pun yang boleh menganggap diri mereka selamat kerana menyangka perbuatan itu tidak diketahui pihak lain.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu, pada zaman kecerdasan buatan (AI) ini, ada pihak yang mampu mengesan pemberi dan penerima rasuah serta pergerakan wang sama ada secara tunai atau dalam bentuk lain.

“Kerajaan akan bertukar. Segala salah laku boleh dilapor kepada kerajaan baharu. Akhirnya ke penjara juga,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr Mahathir menambah, selain kerajaan, ada pihak lain yang boleh menjejaki pergerakan dana.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan tiada sesiapa pun boleh menganggap dirinya kebal kerana akhirnya mereka akan dipenjarakan jika didapati bersalah melakukan rasuah.

“Ini zaman data dan data adalah bukti. Demikian AI dapat mengesan apa yang disambungi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast