Onn Hafiz Ghazi ketika mengadakan perjumpaan dengan Nik Arina Nik Jaafar.

JOHOR BAHRU – Projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) fasa satu dan fasa dua dari Johor Bahru ke Simpang Renggam dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan Johor turut mencadangkan agar kerja pelebaran ini dilaksanakan sehingga ke Tangkak pada fasa seterusnya.

“Melalui perjumpaan dengan Datuk Nik Arina Binti Nik Jaafar, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, beberapa perkara lain telah dibangkitkan dan dibincangkan terutamanya mengenai aliran trafik, penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur kemudahan untuk pengguna.

“Antaranya seperti mengaktifkan lorong kecemasan di lebuh raya pada waktu puncak dan hujung minggu dan meningkatkan fasiliti rawat dan rehat di lebuh raya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada PLUS Malaysia Berhad yang membayar zakat sebanyak RM 650,000 kepada negeri Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast