MUDA PH Kit Siang COVID-19 Muhyiddin golden son kadazan
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mendakwa kenyataannya berhubung Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri telah dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, mereka mengeksploitasi kenyataan tersebut untuk terus menanam kebimbangan dan kegusaran dalam kalangan orang Melayu mengenai masa depan kaum itu.

“Yang apabila dikembarkan dengan penyebaran penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian yang tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab dalam era media sosial, membuatkan orang Melayu berasa yang akan ada seorang Perdana Menteri bukan Melayu tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang membuat kenyataan kontroversi itu ketika berucap di hadapan para pelajar Malaysia di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu.

Beliau juga berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi saya tidak jangka perkara ini akan terjadi dalam 100 tahun yang akan datang,” katanya dalam ucapan tersebut.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu telah memberi keterangan kepada polis pada 13 Disember lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast