Tindakan penguatkuasaan berterusan terhadap kilang tanpa kebenaran akan terus diperhebatkan dari masa ke semasa.

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesan sebanyak 514 daripada jumlah 1,329 kilang tanpa kebenaran (KTK) pada tahun 2019 beroperasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang yang melibatkan 264 (zon A) dan 250 luar zon (zon B).

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap KTK dan akan meningkatkan penguatkuasaan.

“Tindakan penguatkuasaan akan tertumpu kepada kilang tanpa kelulusan, kilang di atas tanah kerajaan di bawah tindakan pejabat daerah dan tanah, tanah hak milik sungai dan kilang yang menyebabkan risiko pencemaran alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Norfiza Mahfiz menyatakan bahawa MPK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah mengadakan sesi taklimat kepada pemilik-pemilik kilang tanpa kebenaran beberapa kali sejak tahun 2007 dan yang terkini pada Jumaat lalu.

Tambah MPK, pihaknya telah membentuk pasukan petugas pada tahun yang sama untuk melaksanakan program pemutihan dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk pemutihan KTK.

“Justeru itu, MPK mengadakan sesi taklimat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kilang tanpa kebenaran, jika masih tidak berusaha mendapatkan kebenaran merancang atau pelan pembangunan yang diperlukan atau tidak mempunyai lesen yang sah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast