Tayar monorel terjatuh sebelum terbakar dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Tayar monorel terjatuh sebelum terbakar dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa di sini hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Nooridzwan Mohamad Noor mengesahkan kejadian berlaku pukul 12.57 tengah hari tadi.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel telah terjatuh sebelum terbakar,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur selepas menerima panggilan bergegas ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan aliran daripada pam jentera.

Menurut Nooridzwan, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih disiasat.-MalaysiaGazette