Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pelajar dalam sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

TANJUNG MALIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua rakyat di negara ini termasuk pihak industri menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya dibebankan sekiranya terdapat dalam kalangan rakyat yang masih gagal menguasainya dengan baik.

Anwar mengulangi bahawa beliau tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan baik terutamanya ketika mahu berurusan dengan pihak kerajaan.

anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

“Sudah enam dekat negara merdeka, masih ada yang merangkak-rangkak dalam soal Bahasa Kebangsaan. Itu masalah kamu, jangan bebankan negara.

“Syarikat sudah mengaut untung ratusan malah jutaan ringgit. Tidak bolehkah peruntukan sedikit wang untuk mengambil seorang atau dua guru bagi mengajar pekerja atau eksekutif syarikat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika berucap Majlis Anugerah Buku Negara dan Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, pada Khamis.

anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; serta Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Menurut Anwar, saranan itu tidak bermakna rakyat di negara ini diminta untuk tidak menguasai bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan.

Sebaliknya jelas beliau, penting untuk mana-mana pihak menguasai pelbagai bahasa sebagai usaha mencapai kejayaan, namun ditekankan untuk tidak melupakan bahasa rasmi Negara.

anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri anwar ibrahim bahasa kebangsaan tanjung malim perdana menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pelajar dalam sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan kebimbangannya terhadap perkembangan teknologi masa kini yang adakalanya dilihat gagal mengamal prinsip dalam menuntut ilmu.

Menurut beliau, sebuah ilmu atau idea yang kompleks tidak boleh diterangkan menerusi video ringkas seperti dalam aplikasi TikTok.

“Mengupas soal ekonomi, politik, pendidik dan sebagainya, dalam tempoh beberapa minit itu bahaya. Kerana dasar ilmu itu perlu diterangkan secara menyeluruh.

“Sebab itu di universiti ada kaedah kuliah yang mana setiap ilmu itu diterangkan dengan seluas-luasnya dan bukan seperti dalam video TikTok yang hanya berdurasi beberapa minit,” ujar perdana menteri. -MalaysiaGazette