Donny Van de Beek.

LONDON -Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek dijangka menjalani pemeriksaan perubatan dengan Eintracht Frankfurt menjelang perpindahan secara pinjaman pada Januari.

Pasukan Bundelisga itu berharap pemeriksaan perubatan dan urusan formal diselesaikan dalam tempoh 48 jam ini.

Bagaimanapun, Van de Beek hanya akan menyelesaikan urusan perpindahannya dalam masa dua minggu sekiranya pemeriksaan perubatan berjalan dengan lancar.

Pada musim panas lalu, dia gagal dalam misi perpindahan ke Sepanyol dan Turki untuk memulakan kerjayanya semula selepas hanya bermain selama 21 minit dalam perlawanan pasukan utama musim ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu kini bergelut untuk mengekalkan tempat di Old Trafford itu sejak menandatangani kontrak dengan Ajax untuk 35 juta (RM207.72 juta) pada 2020.

Van de Beek kekal sebagai sebahagian daripada skuad United namun dia tidak digunakan sebagai pemain simpanan semasa perlawanan di Anfield, baru-baru ini.

Sementara itu, United telah bersetuju dengan pilihan untuk membeli yang boleh mencapai sehingga £12.5 juta (RM74.18 juta) dengan bayaran tambahan.

Musim ini, United telah menambah Mason Mount dan Sofyan Amrabat ke dalam skuad dan memiliki bonus tambahan Kobbie Mainoo yang muncul dari akademi kelab untuk mengukuhkan pilihan pemain tengah pasukan utama.

United kini masih mencari cara untuk melepaskan Jadon Sancho dan Anthony Martial pada jendela perpindahan bulan depan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast