Logo Suruhanjaya Tenaga

KUALA LUMPUR – Sejumlah 7 juta atau 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Kerajaan pada 13 Disember lalu bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di
bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Semenanjung (kecuali pengguna di Kulim Hi-Tech Park, Kedah) untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Dengang pelaksanaan ICPT itu pengguna domestik dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kWj dan ke bawah (≤600 kWj) kekal menerima rebat 2 sen/kWj.

Pengguna dengan unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj hingga 1,500 kWj (>600 kWj – ≤1,500 kWj) pula tidak dikenakan surcaj.

Sementara penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj), surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj;

Sehubungan itu, Suruhnjaya Tenaga (ST) berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 peratus pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.

Manakala semua pengguna bukan domestik, surcaj yang dikenakan kekal sama.

Tambahnya, pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif B dan D), pengguna dalam kategori tarif pertanian spesifik (tarif H, H1
dan H2) dan operator air dan pembetungan, surcaj kekal pada kadar 3.70 sen/kWj.

Manakala pengguna bukan domestik , surcaj kekal pada kadar 17 sen/kWj.

Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, ST berkata, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada kategori-kategori pengguna yang terlibat bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan ini.

Pengguna boleh merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.

Selain itu, pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang https://myelectricitybill.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast