GOMBAK – Polis menembak mati tiga penjenayah yang disyaki warga asing di kawasan Selayang di sini pada awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku lebih kurang 1 pagi tadi.
“Setakat ini, identiti tiga individu berkenaan sama ada warga tempatan atau asing masih belum dikenal pasti lagi.
“Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu menerusi satu sidang media pada jam 2 petang ini nanti,” katanya secara ringkas selepas dihubungi pagi tadi.-MalaysiaGazette