KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang ditemui di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kawasan Car Boot Sale Damansara semalam dipercayai telah meninggal lebih lima hari.

Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly.

Menurut beliau, sehingga kini polis memerlukan saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, ASP Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu katanya, Balai Polis Kota Damansara menerima laporan kematian berkenaan pada 12.04 tengah hari semalam.

Tular video menunjukkan pengunjung Car Boot Sale Damansara semalam dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan berhampiran.

Turut ditemui dalam kereta berkenaan satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.

Sementara itu, M. Hussin berkata, pihaknya memerlukan saksi bagi satu lagi kes kematian melibatkan seorang lelaki, 45, yang ditemui dalam longkang di Jalan TSB Kota Damansara pada Rabu lalu.

“Si mati tinggal di kawasan gugusan Kemuning Jalan Pekaka 8/1 Seksten 8 Kota Damansara dan dipercayai me inggal dunia dalam tempoh tidak sampai 24 jam,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast