Para pembayar zakat di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berpeluang menunaikan kewajipan membayar zakat pendapatan menerusi kaunter yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 9 malam. Inisiatif Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Kempen Year End Zakat (YEZ) bagi memudahkan urusan pembayar zakat menjelang hujung tahun ini.