KUALA LUMPUR – Bekas wartawan dan penulis veteran, Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja meninggal dunia hari ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Allahyarham Saleha, 87, yang juga isteri kepada Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Jaya tengah hari tadi.

Allahyarham Salmi Manja banyak menulis cerpen serta novel, antaranya ialah Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang. – MalaysiaGazette