Anggota bomba mangsa yang terperangkap di dalam bas.

KLUANG – Tiga penumpang cedera manakala 34 lagi, termasuk seorang pemandu, terselamat apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dalam kejadian awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan I, Abd Rahim Razali berkata, enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 pagi.

“Sebaik tiba terdapat sebuah bas ekspres yang dinaiki 37 penumpang termasuk pemandu serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan terbabas dan terbalik.

“Anggota telah mengeluarkan tiga orang mangsa yang terperangkap di dalam bas dengan dibantu penumpang lain.

“Mangsa lelaki patah kaki manakala seorang wanita patah tulang tengkuk dan seorang lagi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abd Rahim, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan operasi ditamatkan pada jam 5.10 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast