Video tular perlanggaran antara penunggang motoskal dengan seorang pejalan kaki yang meointas jalan secara mengejut di Prima Sri Gombak, Batu Caves pagi tadi.

GOMBAK – Polis memohon pemilik rakaman papan pemuka kenderaan membantu siasatan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal dan pejalan kaki di di Prima Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video berdurasi 22 saat di laman Facebook yang memaparkan seorang pejalan kaki dilanggar motosikal ketika hendak melintas jalan pada jam 9 pagi ini.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan polis mendapati kejadian berlaku pada 28 Disember lalu jam 3.45 petang.

“Semasa kejadian, pengadu satu lelaki warga tempatan berumur 27 tahun sedang menunggang motosikal dari Keramat ke Taman Sri Gombak.

“Selepas tiba di tempat kejadian tiba-tiba seorang pejalan kaki telah melintas jalan secara mengejut mengakibatkan pengadu tidak sempat mengelak dan terus merempuh mangsa menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Ariffin, akibat perlanggaran itu, pengadu mengalami kecederaan ringan di bahu, kaki dan tangan.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Peraturan 41 Akta 167/59 dan orang ramai yangmempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. -MalaysiaGazette