Hantaran ucapan Tahun Baharu 2024 di Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

”Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast