BEIJING – Bekas Ketua Tentera Laut China, Dong Jun sebagai Menteri Pertahanan baharu republik itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pelantikan Dong Jun juga menamatkan persepsi siapa pengganti mantan Menteri Pertahanan, Li Shangfu yang dipecat daripada jawatan itu pada Oktober lalu.
Dong dilantik di mesyuarat jawatankuasa Kongres Rakyat Nasional China.
Peranan Menteri Pertahanan China adalah untuk menjadi tokoh utama Tentera Pembebasan Rakyat dalam penglibatannya bersama media dan angkatan bersenjata lain.
Selain itu peranan lain termasuklah melibatkan diri dengan tentera Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengurangkan risiko konflik di Taiwan dan Laut China Selatan.
Difahamkan semua itu tidak asing lagi bagi Dong kerana beliau pernah menjadi naib komander Armada Laut Timur, yang kini dikenali sebagai Komando Teater Timur yang bertanggungjawab dalam memerangi Taiwan.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai naib komander Komando Teater Selatan yang beroperasi di Laut China Selatan yang mana sebahagian besar kawasannya dituntut oleh China.
Kata laporan itu, lantikan yang dibuat oleh Presiden Xi Jinping yang ketika ini begitu giat menaik taraf tentera negara itu sebagai sebahagian usaha beliau untuk menjadikan China kuasa besar dunia sekaligus mencetuskan kebimbangan negara jiran. – Agensi