Venice antara lokasi tarikan pelancongan dunia. Foto Bloomberg

ROM – Venice akan mengharamkan pembesar suara dan kumpulan pelancong lebih daripada 25 orang, dalam usaha untuk mengurangkan kesan pelancongan besar-besaran ke atas bandar Itali itu.

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai Jun, kata bandar itu dalam satu kenyataan.

Penggunaan pembesar suara telah diharamkan kerana ia boleh “menimbulkan kekeliruan dan gangguan”, tambahnya.

Pelancongan berlebihan disifatkan sebagai isu mendesak untuk bandar terusan tersebut.

Venuce adalah salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi di Eropah.

Pada bulan September, Venice meluluskan percubaan yuran sebanyak €5 (AS$5.35) untuk pelawat harian.

Elisabetta Pesce, pegawai yang bertanggungjawab untuk keselamatan bandar itu berkata, asar terbaharu itu “bertujuan untuk meningkatkan pengurusan kumpulan yang dianjurkan di pusat bersejarah itu”.

Bandar ini bersaiz hanya 7.6 kilometer persegi (2.7 batu persegi) tetapi ia menjadi tuan rumah kepada hampir 13 juta pelancong pada 2019, menurut institut perangkaan kebangsaan Itali.

Jumlah pelawat dijangka melebihi paras pra-pandemik pada tahun-tahun akan datang.

Awal tahun ini Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berkata, bandar itu perlu ditambah ke senarai tapak warisan dunia dalam bahaya kerana kesan ancaman perubahan iklim dan pelancongan besar-besaran menyebabkan perubahan tidak dapat dipulihkan.

Pada 2021, kapal persiaran besar dilarang memasuki pusat bersejarah Venice melalui terusan Giudecca selepas sebuah kapal terhempas ke pelabuhan.

Pengkritik juga berhujah bahawa kapal-kapal itu menyebabkan pencemaran dan menghakis asas bandar, yang mengalami banjir. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast