Seorang pemandu lori berusia 54 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Majistret Ipoh atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya antara tahun 2021 hingga 2022. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JANUARI 2024.

IPOH – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang di bawah umur sekitar Ipoh antara tahun 2021 hingga 2022.

Tertuduh yang berusia 54 tahun membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap anak bongsunya yang ketika itu berusia 16 tahun pada hujung tahun 2021.

Perbuatan itu dilakukan pukul 9.30 malam dan 2 pagi di sebuah rumah di Taman Chemor Perdana di sini.

amang seksual, anak kandung bongsu perempuan bapa kandung pemandu lori tertuduh mahkamah ipoh perak bercham amang seksual, anak kandung bongsu perempuan bapa kandung pemandu lori tertuduh mahkamah ipoh perak bercham amang seksual, anak kandung bongsu perempuan bapa kandung pemandu lori tertuduh mahkamah ipoh perak bercham
Seorang pemandu lori berusia 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Majistret Ipoh atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya antara tahun 2021 hingga 2022. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JANUARI 2024.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dituduh melakukan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun pukul 6 pagi di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam 2, Hulu Kinta, pada Oktober 2022.

Sementara pertuduhan keempat, tertuduh dituduh melakukan kesalahan amang seksual terhadap mangsa sama pukul 9.30 malam di sebuah rumah di Kampung Tersusun Tasek Bercham, pada hujung tahun sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara di bawah Seksyen 16 akta sama, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun dan dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Quraatu’ain Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, tertuduh dalam rayuannya memohon denda minimum dikenakan atas alasan mempunyai satu tanggungan selain perlu membayar wang ansuran kenderaan dan rumah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi keempat-empat pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast