Saya berharap pihak DBKL akan terus berwaspada terhadap mereka yang bertindak sebagai samseng seperti tukang parkir haram di Bukit Bintang.

Pengarang,

Baru-baru ini, tular satu videoseorang wanita mendapati keretanya dicalarkan selepas enggan membayar RM15 kepada tukang parkir haram di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Saya biasa dengan kawasan itu kerana saya kerap ke sana untuk bekerja.

Kadang-kadang, saya tidak mempunyai pilihan selain membayar kepada ulat parkir, yang bertindak seperti “mafia” di kawasan itu. Cara mereka bercakap dan mengugut pemandu yang tidak membayar, menunjukkan mereka telah beroperasi di sana dengan sewenang-wenangnya sejak sekian lama.

Walaupun saya berasa sedih kerana seorang lagi pemandu wanita mendapati keretanya dicalarkan, saya juga berasa lega selepas video itu menjadi viral di mana ramai rakyat Malaysia mengecam kejadian itu.

Ini termasuk tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik, Dr Zaliha Mustafa yang pantas mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara.

Dan tahu apa? Apabila saya melawat kawasan itu baru-baru ini, saya tidak menjumpai seorang ulat parkir pun! Syabas, DBKL dan Dr Zaliha.

Sekarang, apabila hal ehwal Wilayah Persekutuan berada di bawah bidang kuasa Menteri tertentu (berbeza dengan sebelum ini yang di bawah Perdana Menteri), saya berharap lebih perhatian akan diberikan kepada penderitaan harian warga kota, seperti tempat letak kereta yang tidak mencukupi.

Berdasarkan rekod prestasi Dr Zaliha, beliau adalah seorang yang tidak mempunyai masalah untuk bekerja keras bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Cabarannya sekarang adalah untuk DBKL memastikan kegiatan haram itu tidak kembali selepas ini.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak DBKL akan terus berwaspada terhadap mereka yang bertindak sebagai samseng seperti tukang parkir haram tersebut.

Peranan DBKL adalah untuk melindungi kesejahteraan warga kota, bukan untuk kepentingan ulat parkir haram.

Susan Lim Siew Yen
Cheras, Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast