beras SST nikotin rumah terbuka madani LGBTQ nik elin zurina
Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR – Dewan Ulamak Pas bimbang dengan strategi pihak tertentu menyebarkan fahaman Islam liberal di negara ini dengan berselindung di sebalik program wacana, diskusi dan dialog.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, Dewan Ulamak Pas berpandangan, sudah tiba masanya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih serius bagi menangani pemikiran Islam liberal yang bertapak dalam negara ketika ini.

“Ironinya beberapa gerakan utama Islam liberal kelihatannya mesra kerajaan dan mendapat sokongan daripada sebahagian pemimpin utama kerajaan.

“Apakah penyebaran racun pemikiran liberal ini harus dibenarkan atas nama wacana ilmiah sehingga boleh mendorong risiko yang besar kepada generasi masyarakat Muslim pada masa akan datang?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar semua berhati-hati dengan perkembangan pemikiran liberal yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam di negara ini jika tidak dibendung.

Ahmad berkata, semua pihak khususnya kerajaan serta agensi dan institusi pemikir agama yang bernaung di bawahnya seharusnya lebih cermat dengan menilai perkembangan jalur pemikiran Islam liberal yang terus menerus diserap ke dalam masyarakat Muslim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kenyataan politik. seolah mengatakan hanya parti dia yang menawarkan Islam yg sebenar walhal hakikatnya hanya berpolitik Dan terus berpolitik.
    jika benar dakwaan seharusnya melalui pihak majlis agama negeri atau mufti.

Comments are closed.