KUALA LUMPUR – Hujan berterusan dijangka berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, Johor esok dan Khamis ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Manakala amaran hujan berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.
Amaran hujan berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – MalaysiaGazette