GEORGE TOWN – Klinik Kesihatan dan Pergigian Jalan Macalister, di sini, ditutup sementara bagi tujuan naik taraf kemudahan tersebut.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja menaik taraf fasiliti itu dijangka selesai Jun ini.

“Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian berhampiran.

“Antaranya Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian UTC KOMTAR, Klinik Kesihatan Lebuh Muntri serta Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Jalan Perak,” katanya hari ini.

Tambah beliau, pesakit digalakkan untuk membuat temu janji dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan dan melancarkan lawatan ke klinik tersebut. – MalaysiaGazette