GAZA CITY – Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam mendakwa telah memusnahkan atau merosakkan sejumlah 71 kenderaan tentera Israel dalam tempoh empat hari lalu.
Jurucakap Briged al-Qassam Abu Obeida juga mendakwa, pasukan itu juga telah membunuh 16 tentera Israel dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Menurutnya, al-Qassam telah menjalankan 42 operasi ketenteraan dalam tempoh tersebut melalui pelbagai operasi iaitu pertempuran langsung, serangan hendap termasuk di dalam terowong, bom perangkap termasuk di bangunan.
Abu Obeida turut memaparkan, serangan roket M-90 yang dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke arah “Tel Aviv” pada malam menjelang detik Tahun Baharu 2024.
Al Mayadeen melaporkan, pada hari pertama 2024, Briged, bersama pasukan pejuang yang lain menjalankan beberapa operasi mengesahkan berpuluh-puluh mangsa yang terkorban di kalangan pasukan musuh.
Di Gaza City, unit briged melaporkan mereka telah menyasarkan lima kenderaan penceroboh Israel yang terletak di sebelah timur kejiranan al-Tuffah, yang menyaksikan sebahagian besar pertempuran pada hari Isnin.
Sebuah unit sapper juga memasang bahan letupan berhampiran pintu masuk terowong di timur al-Tuffah, membunuh dan mencederakan beberapa pasukan khas Israel.- Agensi