KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pukul 4 petang tadi – kawasan terbabit ialah di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Kuala Lumpur.
Selain itu, di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).
Di Sarawak pula melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Selain itu, di Sabah pula merangkumi Pedalaman (Sipitang) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – MalaysiaGazette