Anggota bomba membantu pendudk ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air. Foto:Ihsan Bomba Johor

JOHOR BAHRU –  Empat daerah mula terjejas ekoran hujan sejak pagi tadi menyebabkan   330 penduduk dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, kesemua mangsa banjir daripada70 buah keluarga membabitkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.

“Tujuh PPS yang dibuka adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu di daerah Mersing, PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya dan PPS Dewan Kampung Sungai Tiram di daerah Johor Bahru,PPS Dewan MPK Kahang di daerah Kluang serta PPS SJKC New Kota dan PPS Dewan Pasak Indah di daerah Kota Tinggi.

“Terdapat tiga laluan terputus hubungan iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta; Jalan Johor Bahru – Endau dan Jalan Batu Pahat – Jemaluang, ketiga-tiga di Mersing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Sungai Kahang di Kampung Contoh berada pada aras bahaya diikuti Sungai Siku di Kampung Murni Jaya pada paras amaran.

Manakala, Sungai Muar di Buloh Kasap, Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun dan Sungai Skudai di Kampung Pasir pada paras waspada.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan amaran bencana banjir sekali gus mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selain sentiasa mengamalkan kebersihan dan mengawal kesihatan kendiri semasa berada di PPS. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast