JOHOR BAHRU – Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus – Jalan Ungku Puan pada pukul 1.08 pagi, 27 Oktober lalu.
Tertuduh , P. Jagdeeshraj, 20, dan Vasantharaj, 21, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kematian terhadap Muhammad Syafiq Abd. Latif, 25.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua mereka mengangguk tanda faham ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi kedua-dua tertuduh pada 6 Mac depan. – MalaysiaGazette