Qassem Soleimani

TEHERAN – Sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh pada hari Rabu apabila beberapa letupan melanda kawasan upacara diadakan untuk memperingati
Qassem Soleimani, yang dibunuh oleh Amerika Syarikat (AS) empat tahun lalu.

Soleimani, adalah Ketua Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam,

Ketua Pertubuhan Kecemasan Bandar Kerman, Sayyed Mohammad Saberi berkata, letupan berlaku di laluan menuju ke tanah perkuburan Soleimani.

Punca letupan masih tidak diketahui.

Namun, beberapa laporan media mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh tong gas.

Pertubuhan Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan Iran sebelum ini meletakkan angka kematian sebanyak 73 dan 170 yang lain cedera.

Lebih 100 dikhuatiri maut dalam letupan berhampiran makam Soleimani.

Insiden itu berlaku ketika puluhan ribu orang berkumpul di kampung halaman Soleimani di Kerman untuk memperingati ulang tahun keempat pembunuhannya.

Soleimani terbunuh pada 3 Jan 2020, dalam serangan dron AS di luar Lapangan Terbang Baghdad di Iraq.

Perkhidmatan kecemasan Iran meletakkan semua hospital dan pusat penjagaan kesihatan berjaga-jaga untuk merawat mangsa yang cedera.

Pegawai di Tehran masih belum mengulas mengenai kejadian itu.

Menurut sumber Anadolu, tempat upacara di Kerman telah dikosongkan oleh pasukan keselamatan dan orang ramai telah diminta bersurai. – Agensi