Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin

KUANTAN – Pendedahan ‘Langkah Dubai’ yang dilakukan kerajaan merupakan propaganda yang dicetuskan Kerajaan Perpaduan, dakwa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.

Beliau berkata, pendedahan tersebut kemudian dijawab kembali oleh kerajaan.

“Jadi, rakyat boleh menilai sama ada agenda yang diwujudkan itu benar atau salah,” katanya pada majlis Hi-Tea Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang bersama media, semalam.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Ismail Yusop mendakwa ‘Langkah Dubai’ bermula ketika pemimpin Parikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen kerajaan mengadakan pertemuan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ismail mendakwa pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugasan tertentu kepada ahli parlimen kerajaan untuk mengenal pasti wakil rakyat berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang.

Menurut Khairil Nizam, perubahan boleh dilakukan di mana-mana asalkan ia berlandaskan kerangka perlembagaan persekutuan. – MalaysiaGazette