JUNEAU – Syarikat penerbangan Alaska Airlines menggantung semua 65 pesawat 737 Max 9 selepas sebuah pesawat penumpang itu ‘kehilangan’ bahagian fiuslajnya ketika berada di udara, memaksa ia melakukan pendaratan cemas di negeri Oregon pada hari Jumaat.
Alaska Airlines Boeing 737 Max 9 kembali ke Portland 35 minit selepas penerbangannya ke California selepas bahagian luar, termasuk tingkap, terjatuh.
Alaska berkata, 177 penumpang dan anak kapal berada di atas kapal ketika kejadian itu dan ia “mendarat dengan selamat”.
Syarikat penerbangan itu berkata, operasi 37 Max 9 dihentikan sementara untuk menjalankan pemeriksaan.
Boeing berkata, ia menyedari kejadian itu dan “berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat”.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom pula memaklumkan ia “memantau keadaan dengan sangat teliti”.
Penumpang Diego Murillo memberitahu KPTV bahagian yang jatuh itu “selebar peti sejuk”.
Katanya, dia mendengar “dentuman yang sangat kuat” ketika topeng oksigen jatuh dari atas.
Tambahnua, baju seorang kanak-kanak di barisan tempat duduk itu yang bajunya disedut keluar dari pesawat, mujur ibunya memegangnya dengan kuat.
Ketua Pegawai Eksekutif Alaska Airlines, Ben Minicucci berkata, setiap pesawat 737 Max itu akan kembali beroperasi sebaik sahaja selesai penyelenggaraan penuh dan menjalani pemeriksaan keselamatan. – Agensi