Operasi turut melibatkan KPDN Cawangan Manjung dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). foto KPDN PERAK

LUMUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak memeriksa sebuah premis menjual makanan hasil laut yang didakwa mengenakan harga yang tidak setimpal kepada pelanggan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan itu dilakukan susulan rakaman video tular di aplikasi TikTok berhubung perkara itu pada Jumaat.

Katanya, operasi pemantauan Ops Samar yang dilakukan selama dua hari bermula Sabtu, iaitu pada jam 6 petang sehingga 2 pagi.

siakap RM75 pangkor pulau pangkor ikan bakar siakap makanan hasil laut mahal KPDN Perak serbu Pulau Pangkor Teluk Nipah siakap RM75 pangkor pulau pangkor ikan bakar siakap makanan hasil laut mahal KPDN Perak serbu Pulau Pangkor Teluk Nipah siakap RM75 pangkor pulau pangkor ikan bakar siakap makanan hasil laut mahal KPDN Perak serbu Pulau Pangkor Teluk Nipah
Operasi turut melibatkan KPDN Cawangan Manjung dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). foto KPDN PERAK

Menurut beliau, pihaknya mendapati premis berkenaan tidak meletakkan sebarang tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak, selain didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan.

“Premis hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan hari ini (Ahad).

“Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain di sekitar Teluk Nipah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justeru Kamalludin berkata, pihaknya mengambil tindakan ke atas premis berkenaan kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan, manakala bagi perseorangan tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Premis ini juga turut diberikan satu Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

“Peniaga perlu mengemukakan maklumat barangan kepada pihak KPDN Perak dalam tempoh lima hari waktu bekerja,” katanya lagi.

Ujar beliau, KPDN Perak turut akan menjalankan siasatan lanjut ke atas premis itu di bawah Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

Katanya, operasi berkenaan turut melibatkan KPDN Cawangan Manjung dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Dalam pada itu Kamalludin mengingatkan agar para peniaga untuk senitasa mengamalkan etika perniagaan dengan baik, menambah baik penandaan harga barangan serta tidak menaikkan harga barang sesuka hati terutama ketika musim perayaan atau musim cuti persekolahan.

“Pulau Pangkor adalah Pulau Bebas Cukai sejak 1 Januari 2020 dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Perak.

“Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pelancong dapat memberi imej yang tidak baik dan memberi kesan ke atas industri pelancongan di Perak,” ujar beliau lagi.

siakap RM75 pangkor pulau pangkor ikan bakar siakap makanan hasil laut mahal KPDN Perak serbu Pulau Pangkor Teluk Nipah siakap RM75 pangkor pulau pangkor ikan bakar siakap makanan hasil laut mahal KPDN Perak serbu Pulau Pangkor Teluk Nipah siakap RM75 pangkor pulau pangkor ikan bakar siakap makanan hasil laut mahal KPDN Perak serbu Pulau Pangkor Teluk Nipah
Tangkap layar video pengguna TikTok ‘kekyahfornour’.

Sebelum itu tular video berdurasi 14 saat di TikTok memaparkan perakam didakwa telah dikenakan caj harga makanan laut yang mahal dan tidak setimpal dengan kualiti serta perkhidmatan yang diberikan ketika berkunjung ke Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Pengguna akaun TikTok tersebut turut membandingkan harga makanan laut di luar negara yang lebih murah, selain mendakwa situasi itu menyebabkan dia kurang berminat untuk menyokong peniaga tempatan sekiranya keadaan itu berterusan.

Pada ruangan kapsyen, pengguna itu mendakwa dia telah dikenakan caj RM75 bagi seekor ikan siakap bakar yang dianggarkan seberat 600 ke 700 gram. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast