JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Pegawai Kewangan Negeri (PKN) negeri Datuk Salehuddin Hassan di sini hari ini.
Salehuddin yang mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) selama 31 tahun sembilan bulan lapan hari sejak 1 April 1992 akan bersara wajib mulai 9 Januari ini.
Sepanjang berkhidmat sebagai JCS, beliau bukan sahaja merupakan seorang pegawai yang berpengalaman luas dan juga pernah berkhidmat di pelbagai jabatan. -MalaysiaGazette
Tahniah.