Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia nyaris lemas dihanyutkan arus deras setelah kereta dipandunya terjatuh ke dalam longkang besar di Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Sumber : Orang Awam#MalaysiaGazette #BanjirJohor pic.twitter.com/jfUagKeCOO
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 7, 2024
KOTA TINGGI – Seorang wanita nyaris menjadi mangsa lemas setelah keretanya dihanyutkan arus deras kawasan banjir di Jalan Kota Tinggi menghala ke Mersing.
Menerusi rakaman tular sebuah video 15 saat yang dipercayai berlaku hari ini , wanita itu dilihat cuba menyelamatkan dirinya dengan memegang belakang bahagian bonet kereta sebelum dia diselamatkan dua lelaki.
Wanita berkenaan juga sempat berpaut pada penghalang longkang selepas seorang lelaki memberanikan diri membantunya daripada terus hanyut dibawa arus deras.
Dua lelaki kelihatan cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan salah seorang menarik wanita berkenaan dan mereka dilaporkan selamat.
Sementara itu, pengguna media Facebook “Orang Kota Tinggi” menyatakan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki yang menyelamatkan mangsa. – MalaysiaGazette