Seorang penunggang maut apabila motosikalnya merempuh seekor lembu yang sedang melintas dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini, malam tadi.

MELAKA – Seorang penunggang maut apabila motosikalnya merempuh seekor lembu yang sedang melintas dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu menyebabkan, operator kilang, Muhammad Hafizudin Rosli, 27, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun yang memandu kenderaan Honda HRV dan lelaki memandu Honda Stream berusia 27 tahun tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian Muhammad Hafizudin yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, dua pemandu berkenaan masing-masing dalam perjalanan dari arah Semabok menghala ke Tiang Dua.

Seorang penunggang maut apabila motosikalnya merempuh seekor lembu yang sedang melintas dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini, malam tadi.

“Setiba di lokasi, pemandu wanita telah merempuh dua ekor lembu yang sedang melintas sebelum pemandu Honda Stream tidak sempat brek lalu melanggar belakang Honda HRV berkenaan.

“Selepas itu, penunggang motosikal terbabit pula terlanggar seekor lembu yang sudah terbaring di jalan menyebabkan dia tercampak di atas pembahagi jalan sebelum meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kedua-dua ekor lembu berkenaan turut mati di lokasi.

“Siasatan pegawai penyiasat mendapati keadaan permukaan jalan lokasi nahas sedikit basah dan gelap berlampu,” ujarnya.

“Setakat ini tiada saksi bebas tampil memberi keterangan lanjut berkaitan kejadian dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan,” katanya.

Tambah Christopher, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast