Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sesi Lawatan dan Majlis Ramah Mesra Warga Kerja Pelabuban Tanjung Pelepas (PTP), Johor. hari ini.

ISKANDAR PUTERI– Kerajaan Perpaduan tidak tidak menyasarkan mana-mana bekas pemimpin dalam usaha menangani gejala rasuah di negara ini.

Ini kerana, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal membanteras rasuah termasuk membabitkan “jerung besar”dan bukan hanya tertumpu kepada “ikan bilis”.

Oleh itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana – mana pemimpin tidak perlu bimbang atau takut sekiranya tidak terlibat dengan salah guna kuasa.

“Itu urusan SPRM tetapi saya tidak mahu anggap ini perkara kecil.

“Kes baharu atau lama semua disiasat. Orang kalau tidak salah tak perlu bimbang kerana siasatan akan diteliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya ada bukti kukuh tetapi janganlah setengah orang menganggap ini soal pihak tertentu.

“Ini kerana, ia akan memberikan gambaran seolah-olah ada ‘jerung-jerung besar’ terlepas.

“Saya tidak mahu menangani rasuah dengan menekan yang di bawah,” katanya ketika ditemui media selepas Sesi Lawatan dan Majlis Ramah Mesra Warga Kerja Pelabuban Tanjung Pelepas (PTP) hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kau tk faham ke?
    Kn dia ckp, siasatan dibuat olih Sprm. Keputusan pendakwaan dibuat olih AG. Salah tk salah slepas pendakwaan, urusan Mahkamah. Apa kena mengenai dgn Kerajaan atau PM?
    Kes Zahid diputus olih AG & Mahkamah . Bukan kaki auta, kau tu ngong banyak. Tk tahu distemper keadilan jenayah Negara

Comments are closed.