Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 4 petang ini, kawasan terbabit di Sarawak ialah Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu (Bintulu), Miri (Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah pula merangkumi Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast