Ahmad Azlan Abu Bakar berkata pihak UNITEN dan TNB agar mengkaji semula berkaitan penutupan operasi UNITEN di daerah itu

KUANTAN – Cadangan penutupan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah, Rompin dilihat akan menjatuhkan kredibiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai antara GLC yang gah di negara ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, pihak Uniten dan TNB boleh melipatgandakan promosi khususnya program profesional huffaz yang yang sangat mendapat sambutan di kalangan anak muda dan ibu bapa sebagai solusi.

”Justeru saya memohon jasa baik pihak Tenaga Nasional Berhad untuk mengkaji semula cadangan penutupan pengoperasian di Muadzam Shah kerana ini memberi implikasi yang kurang baik khususnya kepada kelangsungan pendidikan anak – anak muda dan juga pembangunan ekonomi setempat.

”Yang mana sejak pengoperasian UNITEN di Muadzam Shah ini sebenarnya telah menggalakkan perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya buat penduduk di Dun Muadzam Shah secara khususnya dan Parlimen Rompin secara amnya.

”Sebagai anak jati Muadzan Shah saya melihat perkembangan sebelum wujudnya UNITEN di Muadzam Shah dan juga selepas wujudnya UNITEN di Muadzam Shah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahamd Nazlan berkata Muadzam Shah sinonim dengan diberi gelaran Hub Pendidikan Negeri Pahang dengan terdapatnya UNITEN, Politeknik, Kolej Vokasional, Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan beberapa sekolah harian dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Desas-desus penutupan universiti itu pernah bermula sajak 28 September 2019 apabila Pejabat Naib Canselor UNITEN dalam satu kenyataan mengesahkan akan melaksanakan Operasi Kampus Berpusat menerusi penggabungan dengan Kampus Putrajaya.

Ia reda setelah itu namun baru-baru ini tular kembali mengenai cadangan penutupan operasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di kampus berkenaan.

Terdahulu, senada bersama kerajaan negeri Pahang juga tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan kampus itu pada 10 Januari lalu dizahirakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Rabu lalu. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast