Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) cuba merasuah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggulingkan kerajaan akan disiasat.

Satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan itu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin memaklumkan sebanyak empat laporan polis diterima berhubung dakwaan berkenaan.

“Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin mengesahkan empat individu telah dipanggil hari ini bagi dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Taatacara Jenayah berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Empat individu itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop, Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Mohamad Salim Iskandar.

Beliau berkata, sejumlah 145 laporan polis diterima berkaitan isu yang sama.

Pada 30 Disember 2023, Ismail dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Isi berita “KONONNYA” PN “Cuba” rasuah Agong?
    Polis terima empat laporan dan sedang siasat. Maka perlu siasat:-
    1) Maklumat tuduhan laporan
    2) Maklumat “sahih” perolehan pertuduhan
    3) Siasat individu PN
    4) Siasat Agong
    Setelah siasatan selesai dan tuduhan adalah benar [Agong juga] maka adakah semua terlibat rasuah disoal siasat?
    Jika semua “KONONNYA” rasuah itu hanya rasa-rasa atau ilusi atau mimpi atau igauan pihak politics adakah itu merupakan laporan palsu?
    Jika selesai siasatan maka adakah pengumuman tindakan seterusnya dibuat terhadap “SEMUA TERLIBAT” itu?
    Rakyat Malaysia menunggu TELUS BENAR ITU.

Comments are closed.