PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun ini memfokuskan penambahbaikan inisiatif konsep Payung Rahmah.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, antaranya adalah dengan mewujudkan Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) Musim Perayaan.

Jelas beliau, Ihsan Rahmah akan memberi peluang lebih banyak industri swasta untuk menganjurkan program di bawah konsep Rahmah tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.

Namun ujarnya, keutamaannya adalah  demi kebajikan rakyat.

“Pendekatan ini kita rangka untuk memastikan gagasan ini juga digerakkan bukan hanya dalam bentuk usaha kerajaan tetapi diperluaskan dengan gerakan industri swasta.

“Kerana ada industri yang  jumpa dan bagitahu nereka ingin perkenalkan inisiatif individu (secara bersendiri) dalam kalangan itu yang berbentuk ihsan kepada komuniti masyarakat dan mereka ingin membawa inisiatif itu bersama-sama payung Rahmah.

“Untuk mrncakupi keseluruhan rakyat mustahil sebab itu kita buka juga kepada program Ihsan yang diikbtiarkan industri swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanah Tahun Baharu KPDN, hari ini.

Tambah Armizan, kementerian tersebut juga akan turut memperluaskan hebahan jadual penganjuran PJIR  seluruh negara yang bakal dipamerkan di laman rasmi KPDN.

Menurutnya, ia bagi memudahkan rakyat mengetahui tarikh dan masa jualan diadakan di kawasan masing-masing lebih awal.

“Kalau sebelum ini ia berbentuk ad hoc, negeri akan mengaturkan program tertentu namun sekarang kita mensyaratkan KPDN negeri  memberi jadual lebih awal.

“Akan turut diadakan adalah perluasan Pasar Rahmah di dalam PJR dengan menjual bahan mentah basah seperti ikan, ayam dan sebagainya jadi rakyat mempunyai pilihan yang besar,” tambahnya lagi.

Terdahulu Armizan berkata, hasil kajian merekodkan sebanyak 81 peratus responden berpuas hati dengan konsep Payung Rahmah, manakala selebihnya pula mengalu-alulan penambahbaikan dilakukan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast