25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah haji

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua PJH yang dilesenkan telah memberi jaminan bahawa mereka menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan pakej tersebut kepada bakal jemaah yang memilih untuk tidak menunaikan ibadat haji menerusi pakej Muassasah TH.