Gunung berapi Grindavik meletus dan memuntahkan lava di bandar nelayan Iceland.

GRINDAVIK – Letusan gunung berapi di bandar nelayan Iceland buat kali kedua dalam sebulan telah memusnahkan kediaman penduduk.

Ia berlaku kira-kira jam 8 pagi selepas gempa bumi kecil berlaku, menumpahkan lava ke bandar tersebut.

Letusan itu merupakan “senario kes terburuk” menurut seorang pakar, dengan seluruh penduduk bandar itu dipindahkan.

Benteng pertahanaan dibina selepas letusan pertama bulan lalu, sebahagiannya mengandungi lahar tetapi pecah.

Dalam beberapa minggu sejak itu, tembok telah dibina di sekeliling gunung berapi untuk mengelakkan lava dari Grindavík, melalui kediaman kira-kira 4,000 orang penduduk.

Namun, kini jalan utama ke bandar telah terputus oleh aliran lahar tersebut.

Berucap kepada negara dalam siaran langsung pada petang Ahad, Presiden Iceland, Gudni Johannesson meminta penduduk terlibat bertenang walaupun mengingatkan penduduk apa-apa sahaja boleh berlaku.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) berkata, halangan itu pecahkan di beberapa tempat, membolehkan lava sampai ke bandar itu yang kemudian membakar rumah dan bangunan.

Orang ramai yang telah kembali ke Grindavík, di barat daya Iceland, selepas letusan sebelumnya, terpaksa meninggalkan rumah mereka sekali lagi.

Wartawan sains dan ahli gunung berapi Robin Andrews berkata, letusan yang berterusan adalah “keadaan yang amat berbahaya dan memudaratkan” kerana lava telah memasuki bandar itu.

Apatah lagi, curahan lava dari dua rekahan semasa menunjukkan tiada tanda untuk perlahan.

Letusan itu memberi kesan kepada individu yang mempunyai masalah pernafasan kerana aktiviti gunung berapi membebaskan gas seperti sulfur dioksida, yang merengsakan kulit, mata, hidung dan tekak.

Pada masa sama, tahap amaran negara telah dinaikkan kepada “kecemasan” – skala tertinggi dalam tiga peringkat yang menandakan terdapat ancaman bahaya kepada manusia, komuniti, harta benda atau alam sekitar.

Letusan Ahad adalah yang kelima berlaku di Semenanjung Reykjanes sejak 2021.

Iceland terletak di atas apa yang dikenali sebagai Mid-Atlantic Ridge, sempadan antara plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara – dua daripada plat terbesar di planet ini.

Ia mempunyai 33 sistem gunung berapi aktif. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast