Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terbabit ialah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Amaran cuaca tersebut juga melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).

Selain itu, di Sarawak: Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang , Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan WP Labuan.

MetMalaysia mengeluarkan amaran apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast