Wednesday, November 6, 2024
Home Sukan AS Roma pecat Mourinho gara-gara prestasi merudum

AS Roma pecat Mourinho gara-gara prestasi merudum

Jose Mourinho. Foto Instagram
LONDON – Kelab bola sepak Itali, AS Roma, memecat pengurusnya, Jose Mourinho susulan prestasi hambar selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam enam perlawanan di liga Serie A.
AS Roma baru-baru ini tersingkir daripada kejohanan Coppa Italia menentang kelab seterunya, Lazio, yang mana Mourinho turut dilayangkan kad merah.
Mourinho dilantik pengurus AS Roma pada 2021, dan berjaya mengemudi kelab itu menjuarai Europa Conference League pada 2022.
Dia juga berjaya membawa AS Roma ke pentas final Liga Eropah musim lalu, tetapi dikalahkan oleh Sevilla melalui sepakan penalti.
Mourinho sebelum ini hadir dengan pengalamannya mengurus kelab-kelab besar dunia, termasuk Chelsea, Inter, Real Madrid dan Manchester United.
Sementara itu, Roma tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pengganti Mourinho, dengan kelab itu bakal bertemu kelab di ranking ke-18 liga Itali, Verona pada 21 Januari depan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast