Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Polis sudah memanggil 14 inidividu bagi membantu melengkapkan siasatan kes kematian seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun di Cameron Highlands pada tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ia susulan laporan daripada pakar perubatan forensik yang tidak dapat mengesahkan kecederaan pada kepala mangsa  disebabkan oleh kemalangan atau pun perbuatan jenayah.

Berdasarkan fakta yang diperolehi pada ketika itu, kes mangsa disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan satu siasatan selari turut dijalankan di bawah Sudden Death Report (SDR) bagi merungkai sama ada wujud elemen jenayah atau sebaliknya.

”Setakat ini, seramai 14 individu (termasuk penama Suria yang dinyatakan oleh ahli keluarga) telah dirakam percakapan.

”Polis juga masih menunggu butiran diri seorang  individu lain yang dinyatakan oleh keluarga si mati yang dikatakan mempunyai maklumat dan sehingga kini butiran individu tersebut masih belum diperoleh.

”Report SDR akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang untuk permohonan inkues bagi merungkai sama ada wujud elemn jenayah atau sebaliknya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu pada 22 November 2023, polis telah menerima satu laporan kemalangan jalan raya melibatkan kematian seorang lelaki berbangsa India yang menunggang motosikal di Kilometer 74.5 Jalan Besar Kuala Terla berhampiran Lavender Garden, Cameron Highlands dekat sini pada pukul  9.16 malam.

Berdasarkan siasatan awal oleh pihak Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, IPD Cameron Highlands, si mati dalam perjalanan dari arah Tringkap menghala ke Kuala Terla.

Apabila tiba di tempat kejadian iaitu di satu kawasan selekoh, disyaki motosikal mangsa hilang kawalan menyebabkannya jatuh di atas sebelah kanan jalan.

”Pemeriksaan ke atas motosikal si mati mendapati terdapat kesan kerosakan iaitu coverset calar sebelah kanan, cermin sisi sebelah kanan pecah dan lampu belakang pecah.

”Terdapat juga kesan calar pada topi kaledar mangsa yang tercampak di atas jalan,” katanya.

Justeru berdasarkan kesan kecederaan, polis telah memohon agar bedah siasat dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Jelasnya hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah sharp force trauma to the head associated with blunt head injury.

”Berdasarkan bedah siasat itu, pakar perubatan forensik tidak dapat mengesahkan kecederaan pada kepala adalah disebabkan oleh kemalangan ataupun perbuatan jenayah.

”Walau apa bentuk tindakan atau siasatan PDRM berhenti menjalankan tindakan atau klasifikasi yang dibuat PDRM tidak berhenti menjalankan tugasan risikan dan menganalisa data atau sebarang maklumat di mana tidndakan yang dilaksanakan itu tidak sesuai didedahkan kepada masyarakat,” jelasnya.

Pihak PDRM menegaskan kes ini masih dalam siasatan berdasarkan prosedur siasatan serta mengambilkira prinsip keadilan.

Yahaya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai bagi membantu sisasatan serta menasihat orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.