Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di empat negeri hari ini sehingga pukul 6 petang.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 4 petang, negeri terbabit ialah Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka serta Sarawak Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir pula adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast