Azam Baki.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan di media sosial bahawa siasatan telah dijalankan ke atas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata maklumat yang tular di media sosial berkaitan perkara itu adalah palsu dan boleh merosakkan nama Ketua Setiausaha Negara.

“Kita tidak siasat KSN, itu semua bohong belaka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dakwaan Mohd Zuki disiasat SPRM melibatkan pelbagai isu ditularkan seorang pengguna media sosial di platform X menerusi hantaran yang antara lain menyebut perkara itu telah disahkan oleh sumber dalaman Pejabat KSN. – BERNAMA